HUBUNGI KAMI

Di Sokong Oleh

PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK PELAJARAN & PENGAJIAN TINGGI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENAJA

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

AKTIVITI DAN PERTANDINGAN

Posted by KARNIVAL USAHAWAN DAN ICT On 6:12 PTG




Pertandingan kemahiran ICT dan komputer 

1. Jejak maklumat
Menjejak maklumat berkaitan ICT dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan iaitu:
• ICT 1 –Menyusun gambar mengikut nombor (Puzzle).
• ICT 2 – Mencari perkataan tersembunyi.
Terbuka, hadiah goodies

2. Jejak lokasi
Menggunakan aplikasi Google Earth menjejak lokasi menarik di Malaysia, 3 minit 3 lokasi.
Terbuka, hadiah goodies

3. ICT Cambrige
Melukis dan mewarna menggunakan aplikasi paint.
Terbuka, hadiah goodies

4. Kenali komputer (PC & Anda)
Pertandingan untuk pelajar sekolah rendah mengenalpasti peranti dalam satu sistem komputer. Pelajar perlu melabel setiap satu komponen.
Terbuka, hadiah goodies


Permainan tradisional / sukaneka

1. Tenteng ICT
Menggubahsuai permainan tradisional kepada konsep permainan ict iaitu tenteng ict. Cara permainan adalah peserta perlu membaling buah ke petak yang berkenaan dan meneka nama logo yang dilihat. Kemudian, peserta akan membuka program yang diteka sebentar tadi di komputer yang disediakan.
Terbuka, hadiah goodies


2. ICT & Anda
Peserta diminta untuk mencantumkan kepingan-kepingan gambar untuk membentuk satu gambar dan meneka gambar yang telah dicantumkan.

Terbuka, hadiah goodies

Pertandingan Prasekolah / Sekolah Rendah

1. Pertandingan mewarna berkaitan ICT
Pelajar mewarna lukisan yang disediakan.

Pertandingan Melukis Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

1. Pertandingan Melukis
Melukis peralatan ICT yang dikenali mengikut imaginasi pada masa akan datang.
Hadiah 1-3 untuk setiap kategori.

Pertandingan Rekacipta

1. Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang
Mereka sesuatu menggunakan bahan terbuang berkonsepkan ICT dan teknologi terkini.
Hadiah 1-3 untuk setiap kategori.

2. Pertandingan Rekacipta Roket
Mencipta sebuah roket pada masa akan datang.
Hadiah 1-3 untuk setiap kategori.


Pertandingan gubahan dan hiasan masakan

1. Pertandingan gubahan
Terdapat 4 kategori gubahan yang dipertandingkan iaitu gubahan bahan terbuang, fabrik, bahan makanan, dan buah-buahan berkonsepkan ICT dan teknologi terkini. Hadiah 1-3 untuk setiap kategori.

2. Pertandingan hiasan masakan
Menghias masakan yang dibawa menggunakan bahan yang telah disediakan berkonsepkan ICT. Hadiah 1-3 untuk setiap kategori.


Pertandingan Karaoke

Terbuka kepada semua golongan. Hadiah 1-3 untuk setiap kategori.


Tarian 1 Malaysia / Poco-poco
Tarian 1 Malaysia telah dipilih dengan konsep senaman pergerakan dari semua etnik dan kaum yang terdapat di malaysia contohnya pergerakan yang diambil dari tarian india, cina , melayu,orang asli dan sebagainya.Terbuka kepada semua.

Persembahan Kebudayaan

Dipersembahkan oleh Artis Budaya Tari SDT
SMK Undang Jelebu
Antara persembahan yang dipersembahkan ialah:
• Persembahan silat sambutan
• Overture selamat datang – Kipas dan tepak sireh
• Tarian klasik istana – Asyik
• Tarian Kuda Kepang – Kuda Kepang
• Tarian Lambaian Negeri – Tarian Piring
• Tarian Randai
• Tarian Asli – Payung Minang
• Tarian Inang – Inang ‘Andung - Andung’
• Tarian Zapin Kerincing – Kerincing
• Tarian Joget Menanti Kasih

Kumpulan Tunas Budaya Kampung Lonek
Antara persembahan yang dipersembahkan ialah:

• Caklempong
• Bongai

Demonstrasi Kebakaran
Disempurnakan oleh YB Tuan Shamshulkahar Bin Haji Mohd Deli
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan selepas lawatan tapak pameran sempena Majlis Perasmian Penutup Karnival Usahawan dan ICT.

Category : edit post

0 Response to "AKTIVITI DAN PERTANDINGAN"

Catat Ulasan