Karnival Usahawan dan ict anjuran Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek dengan kerjasama Koridor Raya Multimedia(MSC) telah melabuhkan tirainya pada 10 Januari 2010 , selama dua hari (09 & 10 Januari 2010) berlangsung di Dewan Orang Ramai Batu Kikir. Berikut adalah rumusan hasil daripada karnival tersebut:-
• Karnival Usahawan dan ict ini berjaya menarik minat penduduk setempat terutamanya golongan usahawan,pendidik,pelajar,belia,kanak-kanak dan wanita kerana program ini tidak berfokus kepada satu sebaliknya melibatkan pelbagai aspek dan aktiviti yang dijalankan berjaya menambah tarikan untuk disertai orang ramai.
• Penduduk setempat dan pelajar mengharapkan agar karnival sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia membawa faedah dan kepentingan kepada masyarakat setempat.
• Pelbagai kemahiran ict yang diperolehi menerusi bengkel ict yang dijalankan bagi memberi peluang belajar membina blog, merekacipta, menyunting gambar dan menghasilkan penceritaan secara digital dengan perisian sumber terbuka. Program ini dapat menarik minat belia, usahawan, pelajar , dan golongan dewasa.
• Dapat mempromosi usahawan tempatan seperti pengusaha sos tomato dan cili, kraftangan daun getah, pengusaha bahulu dan sebagainya.
• Menanam semangat berdaya saing dikalangan usahawan tempatan.
• Memupuk kemahiran komputer
• Melahirkan generasi celik teknologi maklumat seiring dngan pencapaian negara sebagai negara membangun.
• Kemahiran melayari internet dan kemahiran mencari lokasi menarik dimalaysia menggunakan aplikasi google Earth menerusi permainan ict iaitu Jejak Lokasi.
• Mencetuskan idea kreatif dikalangan pelajar berlandaskan teknologi pendidikan.
• Menjana idea merekacipta bertemakan ict dalam pertandingan rekacipta roket dan bahan terbuang.
• Menarik minat pelajar dan kanak-kanak bahkan golongan belia dan dewasa turut serta dalam permainan ict yang diadakan disamping menguji minda mereka mengikut arahan permainan yang berkonsepkan ict.
• Mengubahsuai permainan tradisional menjadi permainan berkonsepkan ict menerusi ‘Tenteng ICT’ yang menguji kemahiran peserta mengenali program komputer berdasarkan logo yang diberi setiap petak sebelum meneruskan permainan kemudian peserta diminta membuka program yang dipilih.
• Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.
• Memberi peluang pengujung mengasah bakat menyanyi dalam pertandingan karaoke.
• Senaman Tarian 1 Malaysia menarik minat penduduk setempat kerana bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah dapat menunjukkan dan mempelajari pergerakan tarian semua kaum seluruh malaysia.
•Memberi peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan dengan mempamer dan menjual hasil keluaran mereka.
• Penganjuran karnival berjaya mensasarkan jumlah pengujung melebihi 1000 orang melibat pelbagai generasi dan masyarakat setempat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "RUMUSAN"
Catat Ulasan