HUBUNGI KAMI

Di Sokong Oleh

PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK PELAJARAN & PENGAJIAN TINGGI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENAJA

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENGENALAN

Posted by KARNIVAL USAHAWAN DAN ICT On 2:45 PTG

Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek merupakan di antara 6 pemenang ”Pertandingan Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT” yang telah dianjurkan oleh pihak MSC Malaysia di mana menghasilkan kertas kerja terbaik dan seterusnya menerima dana bagi merealisasikan karnival tersebut.

Program ini diadakan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran dan jualan produk yang disertai oleh badan kerajaan, badan berkanun, swasta dan usahawan tempatan. Disamping itu, terdapat juga pelbagai acara menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung seperti pertandingan karaoke, mewarna, melukis, mereka cipta dari bahan terbuang dan reka cipta roket, gubahan, hiasan masakan, sukaneka/permainan tradisional, jejak maklumat, kemahiran komputer dan ICT Cambrige.

Tidak ketinggalan juga diadakan Bengkel ICT yang mensasarkan golongan belia, usahawan dan pelajar untuk menyertainya. Peserta berpeluang belajar membina blog, merekacipta, menyunting gambar dan menghasilkan penceritan secara digital dengan menggunakan perisian sumber terbuka. Matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk merangsang minda golongan belia dan usahawan supaya dapat menggunakan kemudahan ICT untuk membangunkan masyarakat dan kemajuan desa khususnya kepada usahawan kecil dan sederhana supaya dapat mengembangkan produk mereka.

Program ini dianjurkan sebagai menyahut seruan kerajaan yang ingin merapatkan jurang digital di antara komuniti luar bandar dengan komuniti di bandar di samping menyahut saranan Perdana Menteri mengenai konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada semua komuniti yang hadir berkenaan bidang ICT dan keusahawanan khususnya.

Category : edit post

0 Response to "PENGENALAN"

Catat Ulasan