HUBUNGI KAMI

Di Sokong Oleh

PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK PELAJARAN & PENGAJIAN TINGGI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENAJA

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

RASIONAL

Posted by KARNIVAL USAHAWAN DAN ICT On 7:55 PTG

Rasional program ini diadakan adalah:

• Memperkenalkan dan memberi maklumat kepada komuniti setempat berkenaan kemudahan ICT yang terdapat dan disediakan di kawasan ini seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek sebagai Pusat Sehenti iaitu sebagai Pusat Capaian Maklumat (ICT Centre).

• Komuniti setempat seperti komuniti pendidik, pelajar, ibubapa, belia, Jawatankuasa di peringkat kampung dan khususnya kepada komuniti usahawan mendapat maklumat yang bermanfaat berkenaan ICT melalui pameran, forum dan aktiviti yang bakal dijalankan nanti.

• Usahawan tempatan mendapat idea dan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran di dalam bidang masing-masing samada di dalam bidang pertanian, perternakan, pertanian dan kraftangan dengan menggunakan kaedah ICT.

• Memberi peluang kepada usahawan setempat menambah sumber pendapatan dengan mempamer dan menjual hasil keluaran mereka seperti Kraftangan Daun Getah, Kraftangan Buluh, Cendawan dan sebagainya.

• Memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan mendapat ilmu pengetahuan berkaitan bidang yang ingin diceburi melalui kemudahan ICT.

• Meningkatkan ilmu dan taraf pengetahuan komuniti setempat berkaitan bidang keusahawanan amnya dan ICT khususnya.

• Mempromosikan produk kampung / kraftanganyang dikeluarkan oleh komuniti setempat.

Category : edit post

0 Response to "RASIONAL"

Catat Ulasan